welcome

MENU

Sunday, June 27, 2010

MUKADIMAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua yang singgah ke blog MALAYSIAN-SCORE A.

SELAMAT DATANG KE PROGRAM SCORE A




Score A adalah Portal Pendidikan Secara Online
Satu kaedah pendidikan ALTERNATIF melalui INTERNET

Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu Teknologi Maklumat (IT) berbanding kaedah Konvensional.Justeru itu kaedah pembelajaran perlu seiring dengan perkembangan IT. Pemupupan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.

Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana. Masa bersama keluarga juga amat terbatas dan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga.

Anak-anak dan remaja kini lebih bijak berbanding zaman terdahulu. Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu mencari kaedah terbaik untuk meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau perkembangan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang bekerja inilah masanya untuk mereka bertindak dalam mencari peluang pembelajaran yang lebih efektif, jimat dan berbaloi. Mana ada ibu bapa yang ingin anak mereka gagal dan ketinggalan dalam pelajaran. Cabaran dalam pembelajaran dan pekerjaan mereka kelak semakin tinggi dan jika mereka tidak bersedia pastinya sukar untuk mereka menempuhnya.

Program SCORE A bukanlah pengganti kelas atau guru,namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran. Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan soalan latih tubi, Portal pendidikan SCORE A ini memberi lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan.

Dengan mengikuti program SCORE A ini kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen 1 Komputer untuk 1 Rumah. Secara tidak langsung anak-anak menjadi selik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperolehi pekerjaan kelak.


No comments:

Post a Comment