welcome

MENU

Sunday, June 27, 2010

APA ITU SCORE A?

  1. Apakah Score A Programme™?
    Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.


  2. Apakah Pembelajaran Input?
    "Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .


  3. Apakah Pembelajaran Output?
    Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.


  4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
    Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif


  5. Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
    eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.


  6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
    Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.

MUKADIMAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua yang singgah ke blog MALAYSIAN-SCORE A.

SELAMAT DATANG KE PROGRAM SCORE A




Score A adalah Portal Pendidikan Secara Online
Satu kaedah pendidikan ALTERNATIF melalui INTERNET

Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu Teknologi Maklumat (IT) berbanding kaedah Konvensional.Justeru itu kaedah pembelajaran perlu seiring dengan perkembangan IT. Pemupupan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.

Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana. Masa bersama keluarga juga amat terbatas dan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga.

Anak-anak dan remaja kini lebih bijak berbanding zaman terdahulu. Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu mencari kaedah terbaik untuk meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau perkembangan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang bekerja inilah masanya untuk mereka bertindak dalam mencari peluang pembelajaran yang lebih efektif, jimat dan berbaloi. Mana ada ibu bapa yang ingin anak mereka gagal dan ketinggalan dalam pelajaran. Cabaran dalam pembelajaran dan pekerjaan mereka kelak semakin tinggi dan jika mereka tidak bersedia pastinya sukar untuk mereka menempuhnya.

Program SCORE A bukanlah pengganti kelas atau guru,namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran. Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan soalan latih tubi, Portal pendidikan SCORE A ini memberi lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan.

Dengan mengikuti program SCORE A ini kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen 1 Komputer untuk 1 Rumah. Secara tidak langsung anak-anak menjadi selik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperolehi pekerjaan kelak.


PENGENALAN


Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana SCORE A melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Syarikat telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

SCORE A akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Apa yang kita mahukan tentunya KUALITI A itu bukannya KUANTITI...Fikir2kanlah......